Wednesday 14 March 2012

Berita Semasa

Thursday, March 15, 2012


BELAJAR SEJARAH PERJUANGAN TUN ABDUL RAZAK
       Ahmad Maslan Berkeadaan Orang Meniup Napiri*
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan , orsng muda, mungkin beliau tidk pernah mempelajari sejarah perjuangan Tun Abdul Razak. Felda ditubuhkan untuk menjakankan kewajiban kerajaan kepada rakyat. Semua tanah Felda untuk para penerokanya, demikian Tun Razak dengan cita - citanya. Maka , para anak peneroka adalah waris mereka. Mereka behak mempertahankan tranah pesaka bapa dan ibu mereka. Ahmadad Maslan berkeadaan orang meniup napiri dalam istana Raja, tidak tahu dan tidak faham adat dan cara hidup Raja dan rakyat, hanya jadi orang suruhan mengeluarkan bunyi yang tidak datangdari fikiran manusia. Anak - anak para peneroka Felda 'wajib' pertahankan pesaka mereka. Hendaknya jangan Felda jadi seperti Pulau Singapura, kerana ikut fikir pemimpin, akihirnya pulau milik Melayu itu menjadi milik orang lain. Saya penulis dan tidak menyertai mana - mana parti politik; saya nasihatkan orang muda Ahmad Maslan belazlan belajar titik sejarah perjuangan Tun Razak dan jujur dan ikhlas para peneroka Felda seluruhnya.
* Lihat Ahmad Maslan dengan Felda, Sinar Harian, pada hari ini.




MAKSUD DARI AL QURAN
Katakan (hai Muhammad s.a.w.) kalau kalian (umat Islam) benar- benar sayangkan Allah, maka ikutilah saya (di antaranya, berbaik - baik sama Islam dan tidak memipu dan memutar belit umat Islam), nescaya kalian dikasihi oleh Allah dan Allah akan mengampuni dosa - dosa kalian.
Ali Imran:31

Wednesday, March 14, 2012





TANGAN TELANJANG
Pada pagi semalam, Selasa, saya dan isteri telahpergi ke Hopital Universiti Kebangsaan, Kuala Lumpur. Kemudian kami singgah di gerai - gerai di jakan keluar arah taman prumahan. saya bercadang hendak makan kawteu goreng. Saya hilang selera makan, dua gerai masak mee dan kawtew, yng memasak wanita. Mereka dengan tangan telanjang memegang sayurm kautew dan mee. Lengan masiang - masiang berpeluh. Peluh mengalir ke bawah. Luruh ... Saya harap pihak berkuasa Kuala lumpur, tolong nasihatkan penjaja - penjaja di situ.




ORNG PERAK MARAHKAN ORANG KELANTAN
Pada masa saya masih kanak - kanak, ramai lelaki Kelantan datang menjaja kain,berbagai kain, dari songket hingga ke batik cop -, mereka datang ke rumah - rumah warga kampung. Pada waktu pagi mereka sering bertemu dengan wanita - wanita tua muda di pintu rumah atau di halaman rumah.Sebaik tiba di hadapan wanita - wanita itu, penjajah kain itu memberi salam dan be...rkata:"Buka kain kak!?" Orang lelaki yang mendengar marah, kerana menyangkan penjaja kain itu menyuruh wanita itu telanjang.
Sekarang, ada beberapa orang Kelantan, bila berjumpa orang - orang di Kuala Lumpur, sering berkata: "Sokong PESAKA!" Bila orang geleng geleng, mereka berkata: " Lebih baik sokong PAS, parti tu berjuang pada jalan Allah!!"





PANTUNRABU

Teluk ini Teluk Senangin,
Elok cerah seluruh daerah;
Esok saya masuk IJN,
Entah pulang entah tidak.
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan dalam peti;
Jika ada silap salah,
Jangan disampan dalam hati.
Bila di hulu bukan perigi,
Perigi mana dalamnya naga;
Jika dulu saya pergi,
Kita jumpa dalam syurga.

MAKSUD DARI AL QURFAN

Sesungguhnya kami hak atau milik Allah dan kepada Allah (jua) kami kembali.

 

 

Thursday, April 30, 2009


Penanti: Perang Saudara Atau Perang Pura-Pura?


Ramai penyokong PR yang nampaknya agak kecewa dengan perkembangan terkini di antara PAS dan PKR menjelang pilihanraya kecil (PRK) DUN Penanti. Ramai pula yang membandingkannya dengan apa yang berlaku dalam BN yang sentiasa berebut kerusi itu. Kata mereka kini penyakit BN yang sering berebutan kerusi itu sudah menjangkiti PR pula.


Ramai yang menganggap apa yang berlaku di antara PAS dengan PKR di Penanti itu sebagai perang saudara kerana berebut harta. Harta itu ialah DUN Penanti yang dikatakan mudah dimenangi oleh PKR berdasarkan mood rakyat Pulau Pinang yang rata-ratanya masih tidak menyukai BN.

Pergeseran PAS dan PKR di Penanti bukanlah satu isu baru. Pada PRU ke-10 pada 1999, walaupun PKR menang DUN Penanti, tetapi ramai penyokong PAS dikatakan tidak turun mengundi kerana tidak senang calon PKR mewakili kawasan itu. Dalam PRU ke-11 pada 2004 pula sekali lagi ramai penyokong PAS dikatakan tidak mengundi PKR atas alasan yang sama yang menyebabkan PAS tewas kepada calon BN-UMNO.

Dan kini isu lama berbangkit lagi - masih ada penyokong PAS yang enggan menerima calon PKR bertanding di situ. Malangnya ia berlaku ketika konsep persepakatan dalam PR semakin diterima rakyat. Malangnya ia berlaku ketika PR baru berusia setahun jagung. Sepatutnya PR tidak menjadikan berebut kerusi sebagai isu kerana ia hanya akan menampakkan PR pun dua kali lima sahaja dengan BN yang sering dikatakan gila kuasa itu.

Namun ada pemerhati politik yang berkata apa yang berlaku di antara PAS dan PKR di Penanti itu cuma ribut dalam cawan yang hanya bergelora seketika sahaja. Bila tiba masanya nanti, semua penyokong PAS akan kembali berpadu tenaga menyokong PKR sebagaimana yang mereka lakukan dalam PRK Permatang Pauh dan PRK Bukit Selambau sebelum ini. Lagi pun, jika dalam PRK Permatang Pauh yang turut melibatkan DUN Penanti, PAS bekerja siang malam untuk membantu PKR, mengapa kali ini tidak?

Namun antara banyak teori mengenai pergeseran PAS dan PKR di Penanti itu, saya sangat tertarik kepada satu teori yang menyatakan bahawa pergeseran itu sengaja diada-adakan sebagai strategi untuk menunjukkan kepada BN bahawa PR sedang berpecah. BN yang sebelum ini nampak seperti tidak berminat untuk bertanding di Penanti pasti akan kembali memerhatikan DUN itu selepas yakin mereka ada sedikit peluang untuk menang atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan majoriti kemenangan PKR. Kata pemerhati politik itu, selepas sahaja BN masuk perangkap PAS-PKR dengan bertanding dalam PRK itu, penyokong PAS dan PKR akan kembali berpadu tenaga untuk menyembelih BN dalam kubu kuat mereka. Mereka akan melakukan seperti apa yang dilakukan dialam PRK Permatang Pauh tempoh hari - memalukan BN dengan meraih majoriti undi yang lebih lumayan!

Tapi sama ada pergeseran yang nampak berlaku di antara PAS dan PKR itu memang benar-benar berlaku atau hanya strategi perang pura-pura untuk memancing BN bertanding, hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Oleh: pendikar gunung kriang



Nuffnang Ads

Apabila Menteri MCA Tuduh Timbalan Menteri MIC Pembohong

Jarang-jarang sekali anggota-anggota kabinet BN bercakap berbeza dalam sesuatu isu yang sama. Lazimnya jika ada seorang Menteri atau Timbalan Menteri buat kenyataan kurang tepat, Menteri dan Timbalan Menteri lain akan cover line bila bercakap isu yang sama, walaupun ketika itu dia tahu apa yang dikatakan Menteri atau Timbalan Menteri sebelumnya itu tidak benar. Jika ada pembetulan fakta, masing-masing akan menggunakan bahasa yang sesuai agar rakyat tidak terhidu ada perbezaan pendapat antara mereka.

Namun apabila kelmarin Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kenyataan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan bahawa terdapat doktor Hospital Kuala Lumpur 'curi tulang' waktu bekerja adalah tidak benar, ia menampakkan ada anggota kabinet yang telah membohongi rakyat. Datuk Seri Liow berkata, antara pembohongan fakta yang dilakukan oleh Datuk Saravanan ialah:

- Doktor itu bukan 'curi tulang' kerana ketika itu dia sedang menunggu kad rawatan yang belum tiba di mejanya.

- Doktor itu bukan membaca akhbar, dia cuma membelek akhbar yang ditinggalkan pesakit sebelumnya.

- Hanya ada 3 pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan, bukannya 20 seperti dakwaan Saravanan.

Sebelum ini pun memang ramai yang berkata Menteri dan Timbalan Menteri kita memang suka membuat kenyataan berbohong. Sebab itu ada yang pernah berkata antara pra- syarat untuk menjadi Menteri ialah kepintarannya berbohong. Hingga ada yang mencipta peribahasa moden bagi menggambarkan hal ini dengan berkata:

siakap senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama-lama jadi Menteri

Sekarang apabila Menteri dari MCA itu menyatakan Timbalan Menteri dari MIC tersebut adalah pembohong, orang akan jadi semakin yakin peribahasa moden itu memang benar belaka.

Oleh: pendikar gunung kriang




100 Di Kuarantin: Selsema Apa Yang Melanda Bukit Mertajam?



PINTU masuk SMSTSSS lengang selepas pihak sekolah mengarahkan asrama dikuarantin ekoran kes 100 pelajarnya demam panas sejak kelmarin. Gambar ihsan: Kosmo Online



Ini yang saya tak berkenan sangat dengan feel pihak berkuasa kita ni, suka sangat berahsia! Apabila 100 pelajar Asrama Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS), Bukit Mertajam tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa di kuarantin dalam asrama sejak kelmarin, ia bukan perkara kecil yang boleh dirahsia-rahsiakan lagi. Apabila 100 orang sakit di Bukit Mertajam ketika satu dunia heboh dengan selsema babi, ia bukan perkara yang boleh dipandang enteng lagi!
Apa yang terjadi kini, masing-masing jabatan buat-buat tidak tahu apa yang terjadi. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad ketika dihubungi malam tadi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan 100 pelajar sekolah itu mengalami demam panas tetapi pihak jabatan sendiri masih 'tertanya-tanya' mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Persoalannya yang Encik Ibrahim 'tertanya-tanya' sendiri tu buat apa, kalau tak tau pi la tanya Jabatan Kesihatan Negeri apa sebenar yang terjadi dengan anak didik hanpa tu!
Apabila ada waris pelajar sekolah itu yang cemas dengan apa yang berlaku bertanya kepada Hospital Bukit Mertajam di mana 50 pelajar yang demam teruk sedang mendapat rawatan di sana, pihak hospital juga 'berahsia' tentang penyakit sebenar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula berkata beliau juga mengetahui kisah 100 murid yang dikuarantin itu, tetapi 'tiada butiran lanjut'. Mudahnya bercakap EXCO ni, tiada butiran lanjut! Kalau mesyuarat yang depa dapat elaun boleh hadir, tak kan YB tak boleh panggil mesyuarat dengan Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital Pulau Pinang, Hospital Bukit Mertajam dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi membincangkan apa yang sebenarnya berlaku tu kot? Tak kan EXCO PR ni bercakap sama dengan EXCO BN dulu: semuanya pakai kata sedang siasat dan tiada butiran lanjut belaka?
Yang sakit dan dikuarantin ni 100 orang la YB, 100 orang la tuan, bukan 10 orang, bukan seorang! Sakit mereka ini pula ada simptom demam, batuk dan selsema dengan suhu badan meningkat sehingga lebih 40 darjah celsius, sebiji macam simptom selsema babi tu!
Tapi semua pihak nampaknya masih berahsia penyakit apa yang sebenarnya melanda pelajar di Bukit Mertajam itu, tak telus langsung! Peristiwa berahsia-rahsia ini mengingati kita kepada wabak JE dan selsema burung di peringkat awal dulu, di mana semua pihak berahsia-rahsia apa yang sebenarnya berlaku. Rakyat cuma tahu ia memang wabak JE dan selsema burung bila jumlah kematian mula meningkat!

Jangan berahsia-rahsia la YB, jangan berahsia-rahsia la tuan. Rakyat memang faham, kerajaan tidak ingin menghebohkan berita buruk tentang negara ini kerana takut industri pelancongan kita terjejas, tetapi ini soal kesihatan, soal mati hidup rakyat, tak kan itu pun nak dirahsia-rahsiakan. Jika ia selsema babi, katalah selsema babi, supaya rakyat dapat membuat persediaan sewajarnya bagi menghadapi penyakit itu. Tapi jika ia bukan selsema babi, tapi cuma selsema lembu, selsema kerbau atau selsema kambing, beritaulah penyakit sebenarnya yang melanda Bukit Mertajam itu supaya tidak timbul pelbagai spekulasi.

Oleh: pendikar gunung kriang




Wednesday, April 29, 2009


7 Mei: Siapa Dipecat, Siapa Digantung? ~ Malaysiakini



Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar Kudeta, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.
Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.
"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.
ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.
Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.
Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.
Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

(Sumber: Malaysiakini)

Wah, hebat betul Zambry, hendak pecat Speaker pula!! Jika niat jahat Zambry itu menjadi kenyataan, 7 Mei 2009 akan menjadi satu lagi catatan dalam segmen "Hari Ini Dalam Sejarah", kerana pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia seorang Speaker dalam mana-mana DUN atau Parlimen dilucutkan jawatannya.

Satu persoalan yang berbangkit ialah adakah usul Zambry tersebut akan dipersetujui oleh Sivakumar yang masih merupakan Speaker DUN Perak? Ini kerana menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker mempunyai hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya. Dalam hal ini kuasa Speaker untuk menerima atau menolak sebarang usul tidak boleh dipertikai. Telah banyak berlaku dalam sidang Parlimen dan sidang Dewan-Dewan Undangan Negeri, Speaker tidak menerima usul yang dibentangkan oleh ahli Dewan. Jadi dalam hal ini terpulanglah kepada budibicara Sivakumar sama ada menerima atau tidak menerima usul memecatnya itu.

Apa yang bakal berlaku jika Zambry cuba mempertikaikan keputusan Speaker yang enggan menerima usulnya itu? Telah banyak berlaku dalam sidang Parlimen, ahli yang mempertikai keputusan Speaker menerima hukuman yang sangat berat, ada yang digantung seketika tetapi ada pula yang digantung selama 12 bulan seperti dalam kes Gobind Singh Deo baru-baru ini. Jadi jika Zambry mempertikaikan keputusan Sivakumar yang enggan menerima usulnya, beliau juga boleh digantung seberapa lama yang difikirkan sesuai oleh Speaker mengikut Peraturan Tetap DUN Perak.

Sekali lagi mata seluruh rakyat Malaysia akan tertumpu ke Ipoh, pada 7 Mei ini. Rakyat bakal menyaksikan pada tarikh itu sama ada nawaitu durjana Zambry terlaksana. Mungkin Zambry kini sedang mengatur strategi bagaimana hendak melakonkan drama yang akan dipentaskan pada 7 Mei ini. ADUN Pakatan Rakyat juga perlu bersedia dengan strategi paling ampuh bagi menghadapi amukan ganas BN pada tarikh berkenaan.

Kita tunggu sajalah pada 7 Mei nanti: siapa yang akan dipecat dan siapa yang bakal digantung oleh Speaker?

Oleh: pendikar gunung kriang

Ini Dia Nama Calon BN Yang Bakal Disembelih Di Penanti!! ~ Malaysiakini





Akhirnya penantian siapa calon PKR di Penanti terjawab malam tadi apabila Dr. Mansor Othman diumumkan sebagai calonnya. Tahniah doc!!

Yang menjadi tanda tanya dan belum terjawab soalannya ialah sama ada BN akan bertanding dan jika bertanding siapa gerangan calon yang malang itu? Saya katakan siapa yang terpilih akan menjadi 'calon yang malang' kerana pendapat umum kini ialah siapa pun calon BN, dia pasti tewas. Malah cakap-cakap di Parlimen Rakyat @ warung kopi pinggir jalan kuat menyatakan jika Najib bertanding di Penanti pun dia akan turut bungkus juga!

Walaupun terdapat desas desus BN tidak meletakkan calonnya, namun ramai yang yakin parti itu cuma acah saja untuk tidak bertanding. Dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini pun, BN meletakkan juga calonnya di kawasan yang menjadi kubu kuat pembangkang seperti Kelantan, walaupun mereka tidak yakin boleh menang. Jika di zaman Pak Lah yang dilihat penakut itu pun BN berani meletakkan calon yang bakal rebah, apa lagi di zaman Najib sebagai PM yang cakapnya berdegar macam C4 itu, pasti Najib tidak ingin tunjukkan dia lebih bacul dari Pak Lah.

Soalnya kini cuma siapa bakal calon UMNO-BN yang malang itu? Jika dalam pilihanraya sebelum ini, ramai pemimpin UMNO yang berebut untuk menjadi calon dengan harapan digelar YB, namun kali ini mungkin ramai pula yang berebut untuk menolak dari dicalonkan. Alasannya ialah mereka tidak mahu tewas, mereka tidak suka penat berkempen untuk akhirnya tewas jua. Bagi pemimpin yang baru pertama kali bertanding dalam pilihanraya, implikasi tewas dalam pilihanraya sangat besar: reputasi mereka merudum dan mereka tidak punya masa depan lagi! Ini kerana lazimnya mereka yang sekali tewas tidak diberi kepercayaan lagi untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang. Jadi bagi mereka yang ingin selamat dalam karier politik UMNO, lebih baik tunjuk muka tidak minat dipilih sebagai calon daripada dipilih sebagai calon dan akhirnya jatuh terlentang selamanya!

Bagi menghadapi situasi ini UMNO/BN mempunyai beberapa alternatif dalam pemilihan calon yang bertanding:

i) UMNO boleh memilih pemimpin-pemimpin veteran yang telah tewas dalam PRU ke-12 dahulu sebagai calon di Penanti. Mereka yang pernah tewas ini tidak peduli lagi tentang reputasi, kerana reputasi mereka kini pun memang sudah tidak ada lagi. Jika menang ia satu bunus, jika kalah memang mereka wajar kalah, tak ambil pot punya!! Antara calon bekas Menteri yang tewas dalam PRU ke-12 dalam kategori ini ialah Zainuddin Mydin (ZAM) , Aziz Shamsuddin, Awang Adek dan Zainal Abidin Zin. Jika Najib hendak orang utara dia boleh ambil ZAM atau Zainal Abidin Zin, jika hendak ambil orang pantai Timur dia boleh ambil Awang Adek, jika hendak ambil orang tengah Semenanjung, boleh ambil Aziz Shamsuddin.

ii) Tentu ada yang bertanya: rakyat tidak mahu calon luar, tidak adakah calon tempatan UMNO dari Pulau Pinang untuk dibawa ke Penanti? Tentu ada! Jika hendak ambil calon tempatan dari Pulau Pinang, calon yang paling sesuai ialah Abdul Rashid Abdullah, mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang era BN dahulu. Dia ini sekarang sudah jadi macam orang gila talak, maklumlah sudah tidak ada kuasa lagi, justru jika ditawarkan untuk kalah sekali lagi di Penanti tentu Rashid bersetuju.

iii) Tapi jika UMNO berpendapat parti itu tidak ingin bertanding kerana tidak mahu kalah dan lebih rela melepaskannya kepada parti-parti komponen lain dalam BN, Najib boleh minta nama-nama besar dalam parti-parti komponen lain yang tewas dalam PRU ke-12 dahulu untuk bertanding di Penanti. Jika hendak orang tempatan, Najib boleh ambil Koh Tsu Koon sebagai calon. Jika hendak ambil orang luar Pulau Pinang, boleh ambil Samy Vellu, Kayveas atau Palanivel sebagai calon. Kecuali Tsu Koon, yang lain tu bukan ada kerja sekarang, dok jadi tukang karut saja, jika jadi calon, RTM dan TV3 boleh memberi mereka publisiti percuma sepanjang kira-kira 10 hari berkempen. Sekurang-kurangnya melalui publisiti murahan RTM dan TV3 ini, rakyat Malaysia dapat tahu orang-orang yang sudah lama tidak didengari namanya itu masih bernyawa lagi!!

Jadi sekarang nama-nama calon alternatif untuk BN di Penanti sudah ada. Cuma kini terpulang kepada Najib untuk menentukan siapa yang bakal disembelih di Penanti.

Oleh: pendikar gunung kriang

Tuesday, April 28, 2009


Awas, Selsema Babi Dah Tiba Di Seberang Sempadan!!


Baru petang tadi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican mengingatkan penduduk Malaysia tidak perlu bimbang mengenai wabak Swine Influenza atau selesema babi kerana Malaysia disahkan bebas daripada wabak itu, tapi berita terbaru dari sempadan Malaysia sebentar tadi lain pula bunyinya.


BERNAMA melaporkan dari Bangkok bahawa Kementerian Kesihatan Awam Thailand telah mengeluarkan amaran kepada rakyat negara itu agar tidak melakukan perjalanan ke Mexico dan Amerika Syarikat berikutan seorang wanita tempatan disyaki menghidap penyakit selesema babi.

Hospital Chulalongkorn, Bangkok mengesahkan seorang kakitangan wanitanya yang berusia 42 tahun dirawat kerana demam selesema selepas kembali dari menghadiri seminar di Mexico dari 3 hingga 11 April lalu. Setakat ini wabak itu telah mengorbankan lebih 150 orang di Mexico.

Bila selsema babi sudah menjenguk Thailand, bermakna Malaysia berada dalam bahaya. Bangkok bukan jauh sangat dengan sempadan Malaysia. Sebab itu ramai orang kita pergi ke sana untuk pelbagai urusan sama ada urusan rasmi atau urusan peribadi.

Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia, Imegresen dan sebagainya perlu mengambil tindakan perlu bagi mengelakkan penyakit itu tidak menyeberangi sempadan. Pengalaman wabak JE dan selsema burung yang merebak lebih cepat dari kilat itu patut dijadikan pengajaran.

Cuma harap-harap wanita Thailand itu tidak terkena selsema babi. Mungkin selsema biasa sahaja atau penyakit-penyakit lain. Kalau wanita itu kena penyakit gila babi tak apa, sebab ia tidak berjangkit, tapi kalau benar-benar dia disahkan kena selsema babi, tidak lama lagi adalah pembawanya ke sini.

Oleh: pendikar gunung kriang

Awat Pula UMNO Kedah Boikot Shafie? ~ Malaysiakini


Biasanya apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menghadiri sesuatu majlis parti - apa lagi, jika pertemuan pertama melibatkan Pengerusi yang baru dilantik - semua Ketua Bahagian akan hadir. Maklumlah, semua pasti teruja hendak jumpa 'boss' baru, teruja nak tunjuk muka yang tak handsome tu! Tapi lain pula halnya dalam pertemuan dan jamuan makan malam UMNO Kedah malam tadi yang dianjurkan oleh UMNO Langkawi, semua Ketua Bahagian UMNO Kedah tidak hadir! Apa, depa boikot Shafie sebagai ketua depa ka?
shafie apdal pc 310308 shafie

Tetapi Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, apabila ditanya ketidakhadiran semua Ketua Bahagian di majlis itu malam tadi, mempunyai jawapan tersendiri. Tidak kiralah jawapan itu logik atau tidak logik, yang penting ada jawapannya.

Dalam jawapannya, Shafie berkata ia kerana majlis berkenaan "diatur dalam masa singkat oleh UMNO Langkawi".

Mengapa dikatakan majlis "diatur dalam masa yang singkat" sampai tiada Ketua Bahagian yang sempat hadir, Datuk? Datuk buat perjumpaan mengejut dalam keadaan kelam kabut sangatkah hingga semua Ketua Bahagian tidak tahu? Jika seorang dua Ketua Bahagian tidak hadir, itu boleh diterima, jika separuh yang tidak hadir, itu sudah kira kes serius, tapi jika semua tak hadir...pasti ada yang tak beres .... something wrong some where niih!

Hendak kata cuaca buruk hingga tiada perkhidmatan feri ke Langkawi kelmarin, tidak pula, kelmarin cuaca cukup baik. Hendak kata semua Ketua Bahagian boikot, kerana UMNO Pusat mengenepikan anggota UMNO Kedah sendiri menjawat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan negeri itu, Shafie kata bukan. Jadi apa sebab sebenar depa tak mai? Tak kan pula semua Ketua Bahagian jenis mabuk laut hingga tak mau pi Langkawi yang sebelum ini antara destinasi popular depa?

Atau Mahathir Khalid dah colek semua Ketua Bahagian ke Phuket atau Haatyai ka?

Oleh: pendikar gunung kriang

Kerana Namanya Obama Dapat Kerjakan Haji Percuma

See full size image
Obama....kaya raya
tapi nenek hendak ke Mekah tak upaya



BERNAMA melaporkan dari Dubai, nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, bernama Sarah Obama, menerima pelawaan daripada jutawan hartanah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Sulaiman Al Fahim, untuk mengerjakan fardu haji tahun ini. Dr Sulaiman bertemu dengan Sarah ketika melawat Kenya minggu lalu.


"Saya dapati beliau tidak pernah mengerjakan haji dan beliau ingin sangat nak pergi. Oleh kerana ibu kandung saya sudah tiada, keluarga kami ada tempat yang terluang. Saya mempelawa beliau dan beliau menerimanya," Ketua Pegawai Eksekutif Hydra Properties itu dipetik sebagai berkata oleh Arabian Business.


Yang menjadi tanda tanya saya sebagai manusia biasa ialah jika yang Dr Sulaiman temui di Kenya itu seorang wanita tua yang tidak mempusakai bersama nama Obama di hujung namanya seperti Sarah Wwagi, Sarah Kipchumba atau Sarah Nyokubi, adakah beliau dengan bermurah hati turut menawarkan wanita-wanita tidak dikenali ini mengerjakan haji? Atau jika beliau menemui wanita Djibouti bernama Amina Kalif, Naja Jwahir atau Nadifa Abdikarim yang hanya berada di seberang Laut Merah tetapi tidak mampu menunaikan haji kerana dihimpit kemiskinannya, adakah Dr Sulaiman juga akan menawarkan mereka menunaikan haji?


Apa pun niat baik Dr Sulaiman membawa Sarah Obama mengerjakan haji patut dipuji. Presiden Barrack Obama sendiri yang sibuk memikirkan serangan selsema babi di negaranya tentu tidak berksempatan memikirkan soal impian neneknya untuk mengerjakan haji yang belum tercapai itu.

Oleh: pendikar gunung kriang

Cepatnya PKR Mengasah Parang!!



Sekali ini PKR begitu cepat 'mengasah parang', mengatur strategi untuk berperang! Ya, PKR yang biasanya 'terkelakang' dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi DUN Penanti. Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini (Selasa). Pagi kelmarin SPR menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.
Calon PKR yang diwar-warkan untuk DUN Penanti ialah Dr. Mansor Othman, Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang. Dr Mansor, 56, bukanlah calang-calang pemimpin. Beliau bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar semasa beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu. Beliau juga pernah mengemukakan borang sebagai calon PRK Permatang Pauh sebagai strategi kemungkinan pencalonan Anwar ditolak.

Dengan latar belakangnya yang hebat, tidak hairan, Dr Mansor dikatakan menjadi pilihan utama Anwar untuk bertanding di Penanti dan mungkin dipilih mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kosong sekarang, jika beliau memenangi pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas. DUN Penanti mempunyai 72.68 peratus pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa. Jika PKR menang sebagaimana yang dijangka ramai, rekod kemenangan PR dalam pilihanraya kecil akan melebar kepada 5-1.
- pendikar gunung kriang

Monday, April 27, 2009


Harap-Harap PEWARIS ada Telur!! ~ Malaysiakini




PEWARIS....harap-harap hanpa ada teloq!!


Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) - sebuah NGO pro-kerajaan - telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam debat mengenai ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 9 Mei depan. Menurut GMI, debat bertajuk ' ISA: Haram atau Halal?' akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ mulai jam 3 petang.

Katanya, PEWARIS dijemput untuk mempertahan ISA ekoran dakwaannya bahawa ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam. Selaras dengan semangat kebebasan bersuara, GMI berharap PEWARIS akan menerima jemputan menghadiri debat itu.

PEWARIS menyifatkan dirinya sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. Tapi banyak kenyataan NGO itu termasuk dalam isu ISA, mendiang A.Kugan dan lain-lain menampakkan ia sama sahaja dengan kenyataan sayap-sayap dalam parti UMNO.

Sama-samalah kita nantikan sama ada kepimpinan NGO bersongkok tinggi yang selalu menyatakan sebagai mewakili suara Melayu dan Islam itu seberani Jebat dan segagah Khalid Al-Walid dalam mempertahankan prinsip perjuangannya. Kita harap mereka berani berdebat dan tidak takut menghadapi prinsip yang mereka pegang. Kita juga ingin tahu di mana titik persamaan dalam ISA yang kejam itu dengan ajaran Islam yang menjunjung keadilan seperti yang diwar-warkan oleh PEWARIS.

Yang dikhuatiri cuma satu - PEWARIS ini cuma sejenis dengan beberapa personaliti tersohor UMNO yang cuma bercakap berdegar di belakang, tetapi apabila diajak berdebat mereka akan mencari pelbagai alasan disebabkan lutut sudah menggeletar dan telur sudah mengecut!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Pondok Panas: SPR Jangan Jadi Agensi Tahi Ayam!! ~ Malaysiakini



SPR hari ini membuat keputusan untuk tidak lagi membenarkan parti-parti politik mengadakan pondok panas atau barung di luar kawasan pengundian, selain melarang memancing undi ketika hari pengundian. Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti bpada hujung bulan hadapan.




Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.
"Bila kita buat (undang-undang larangan berkempen) selepas 12 tengah malam, maknanya tidak ada kempen pada hari berikutnya sehingga pukul 5 petang. Kita tak boleh tahan orang nak masuk... itu hak individu. Tetapi kalau dia berkempen atau mendirikan pondok parti serta berkempen di pondok parti, itu yang menjadi fokus penguatkuasaan ini", kata Aziz.
Sebenarnya keputusan SPR yang tidak membenarkan mengadakan pondok panas bukanlah satu isu baru. Dalam Pilihanraya Umum 2004 juga SPR telah mengumumkan pondok panas tidak boleh didirikan. Sebaliknya bagi memudahkan pengundi memeriksa nama mereka, SPR akan mendirikan barong yangdikendalikan sendiri oleh pihaknya. Malangnya pada 19 Mac 2004, iaitu 2 hari sebelum PRU ke-11, SPR menarik balik keputusan itu. Tiba-tiba sahaja pondok panas kembali dibenarkan. Kabarnya ia dilakukan akibat desakan kuat pemimpin BN yang melihat pondok panas menguntungkan kempen saat-saat akhir parti itu.
Dan kini isu lama itu berbangkit lagi. SPR bercakap lagi bahasa lama - tidak membenarkan didirikan pondok panas, pada hal ia memang telah lama tidak dibenarkan.
Secara peribadi saya setuju pondok panas tidak wajar didirikan oleh mana-mana parti politik. Budaya mendirikan pondok panas itu sendiri adalah budaya lapuk yang cuma seuai ketika negara baru merdeka dan tahap buta huruf tinggi di mana pengundi perlu memeriksa dahulu nama mereka di luar pusat pengundian. Tetapi kini negara sudah maju, kebanyakna pengundi sudah tahu tempat dan saluran di mana merka akan mengundi sama ada menerusi internet mahupun SMS. Justeru, pondok panas yang memang panas dengan isu itu tidak diperlukan lagi.
Cuma yang menimbulkan persoalan adakah SPR benar-benar berani mempertahankan dasar untuk tidak membenarkan didirikan pondok panas? Jika pada tahun 2004, SPR tunduk kepada tuntutan BN untuk mendirikan semula pondok panas, diharap dalam PRK Penanti ini SPR perlu berani dengan pendiriannya dan tidak lagi 'malu-malu kucing' kepada BN.Sudah banyak kali SPR cuma bertindak 'hangat-hangat tahi ayam' bukan sahaja dalam isu pondok panas, tetapi juga isu dakwat pencelup jari dalam PRU ke-12 dahulu. Cukuplah hangat-hangat tahi ayam sekali dua, takut nanti SPR digelar agensi tahi ayam pula!!
Oleh: pendikar gunung kriang

Sunday, April 26, 2009


Apa Yang Tak Kenanya Najib Turun Padang?




Untuk bersangka baik, tindakan Datuk Seri Najib Razak turun padang berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu lintas kelmarin harus dipuji. Cuma kita harap ia bukan langkah 'hangat-hangat tahi ayam' seperti Pak Lah yang ketika mula-mula berkuasa cuba mempromosi idea Islam Hadhari dengan mengimamkan solat Terawih. Tapi kemudian selepas dua tiga kali mengimamkan solat, tiada lagi berita beliau mengimamkan solat selepas itu.
Jika hendak menjadi wira rakyat, Najib perlu turun padang dengan lebih kerap. Bukan sahaja untuk meninjau masalah pengangkutan awam, tetapi juga meninjau lokasi-lokasi yang menjadi isu utama rungutan orang ramai seperti Hospital Kerajaan yang terkenal lewat menyampaikan perkhidmatan itu dan juga agensi-agensi Kerajaan lain yang sarat dengan pelbagai masalahseperti kaunter Imegresen, JPJ, PDRM, Pejabat Pos dan sebagainya.
Masalahnya jika PM turun padang dengan berpakaian rasmi atau separa rasmi, beliau tidak akan mendapat maklumat sebenar mengenai masalah yang cuba dirungkaikannya. Pegawai-pegawai yang sudah tahu PM akan turun padang, lazimnya akan membersihkan padang yang akan dilawati dan PM hanya akan melihat sesuatu yang baik sahaja di depannya. Selain dari itu turun padang yang diiringi 7-8 pengawal keselamatan juga tidak praktikal untuk mendekatkan beliau dengan rakyat.
Lebih elok jika PM turun dengan menyamar seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz dahulu bagi memudahkan beliau mendekati rakyat tanpa mengetahui identiti sebenar beliau. Beliau boleh mendapatkan nasihat pakar solekan untuk mengubah identiti dengan berpakain lebih santai - berseluar jeans lusuh, bertopi, memakai rambut palsu panjang hitam pekat sambil menggalas beg sandang.
Dan sesuatu yang lebih penting PM perlu turun tanpa pengawal keselamatan yang cuma menjarakkan diri beliau dari mendekati rakyat. Jika takut kemungkinan ada yang ingin mencederakan beliau dengan C4, PM boleh membawa bersama 2-3 pengawal peribadi yang juga menyamar dengan pakaian dan identiti yangjuga santai.
Pemimpin yang menyamar untuk mendapatkan maklumat sebenar rakyat bukanlah perkara baru yang cuma dilakukan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz sahaja. Malaysia juga tidak kurang dengan cerita pemimpin seperti Datuk Hassan Ibrahim (bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Datuk Ishak Tadin (bekas Pengurus Besar KTM) yang banyak kali turun padang dengan menyamar dengan pelbagai identiti untuk mengetahui masalah sebenar rakyat dan pelanggan agensinya.
Jika hendak turun padang, biarlah benar-benar turun padang. Jika turun padang setakat berjalan, bersalaman dan bertanya kabar seorangdua sambil diperhatikan pengawal keselamatan yang berwajah bengis dan tidak mesra rakyat, anda hanya membuang masa dan keringat kerana maklumat sebenar yang diinginkan tidak diperolehi.
Oleh: pendikar gunung kriang

Saturday, April 25, 2009


Bebalnya Zambry, Berkokok Di Kandang Harimau!!



Sesetengah orang ghairah bercakap hingga melupai dia berada di gelanggang mana. Kerana berjawatan besar dalam agensinya, ada isteri yang menganggap dia juga adalah boss dalam rumah tangga, sedangkan mengikut Islam, suami adalah ketua keluarga. Begitu juga ada Menteri yang terbawa-bawa dengan jawatannya sebagai ketua politik menganggap dia juga boleh menentukan urusan masjid, tetapi apabila diminta mengimamkan solat terketar-ketar memberi pelbagai alasan.

Dan hari ini, Menteri Besar Kudeta Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan. Beliau berkata persidangan berkenaan akan tetap diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun Speaker V. Sivakumar masih tidak memberi kata putus mengenai tarikh tersebut.

Sepatutnya Zambry perlu sedar dia cuma ketua pentadbiran negeri yang bertanggung jawab untuk mengemudikan perjalanan kerajaan negeri, manakala urusan DUN pula adalah di bawah tanggung jawab Speaker. Apabila Menteri Besar bercakap bagi pihak DUN dia kelihatan bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan eksekutif, yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini. Sebagai warga sebuah negara demokrasi kita sangat kecewa dengan gelagat Zambry yang nampak jelas bertindak secara bebal dengan tidak menghormati kuasa Speaker yang masih sah di sisi undang-undang.

Zambry perlu sedar dalam DUN dia cuma ADUN biasa. Kuasa Speaker melebihi kuasa Menteri Besar di dalam DUN dan kuasa Perdana Menteri dalam Parlimen. Speaker boleh menentukan perjalanan DUN mengikut bidang kuasa yang ditetapkan kerana beliau adalah pengerusi yang mengemudikan mesyuarat DUN. Mesyuarat DUN tidak sama dengan Mesyuarat EXCO di mana Menteri Besar adalah Pengerusi Mesyuarat EXCO. Oleh itu Zambry tidak perlu bercakap lebih-lebih melebihi kuasa yang ada padanya. Apabila berada di dalam kandang harimau mengaumlah, jangan berkokok, nanti semua harimau akan membaham anda!

Oleh: pendikar gunung kriang

Friday, April 24, 2009


Apa Kabar Tok Mufti, Sakit Mulut Ke?


Selama 2 hari bermula esok (Sabtu) hingga lusa (Ahad), Konsert Jom Heboh tajaan TV3 akan diadakan di Lumut, Perak.


Bila bercakap tentang Jom Heboh, sukar untuk kita mengelak dari mengingati Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa Konsert Sure Heboh adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Konsert Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.
Walaupun konsert itu mengikut Mufti haram, namun Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan BN sebelum PRU ke-12 tidak mengindahkannya. Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di Ipoh.
Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert ‘Sure Heboh’ itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh’.
Ketika Kerajaan PR menguasai Perak, konsert Jom Heboh dihentikan selepas TV3 secara sukarela menarik diri. Mengikut Menteri Besar ketika itu, Muhammad Nizar Jamaludin, “Kita tidak ada beri arahan pun (untuk tarik diri dari mengadakan konsert) , dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsip-prinsip kita,”

Dan esok - selepas BN memerintah semula Perak - konsert itu diadakan semula kerana mungkin TV3 tidak perlu lagi menghormati prinsip sebelumnya ketika PR berkuasa.
Yang sehingga kini belum bercakap mengenai konsert Jom Heboh di Lumut itu ialah Harussani. Dulu pada tahun 2004 dan 2007 beliau tegas dengan fatwa "Sure Heboh" dan " Jom Heboh" haram, sekarang adakah fatwa itu masih terpakai?

Janganlah pula kata kerana Zambery sudah menjadi rakan kamcengnya, yang dulu haram sudah menjadi halal pula, Tok Mufti?
Atau Tok Mufti sakit mulut tak boleh bercakap ke?

Oleh: pendikar gunung kriang

Debat Antara Si-Pembakar Jambatan dan Si-Luncai Pula Dah!! ~ Malaysiakini

Jom Berdebat, Jom!!

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang berang dengan mantan Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim yang kerap mengkritik Najib hari ini dilapor BERNAMA menggelar Zaid sebagai si-Luncai. Seterusnya Rais telah mencabar Zaid berdebat mengenai isu salah laku Najib yang sering dibangkitkan Zaid kepada media asing.
"Sekiranya berpeluang saya sendiri ingin berdebat dengan pihak-pihak yang cuba "mengenakan" pemimpin kita dengan perkataan tak senonoh atau tidak diterima akal pada masa ini," kata Rais, "Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu (memburuk-burukkan) Perdana Menteri," katanya.

Jadi tidak lama lagi kita berpeluang melihat satu debat perdana antara Rais dan Zaid mengenai isu Najib. Yang istimewanya mengenai debat ini ialah ia di antara dua tokoh yang mahir tentang undang-undang. Debat ini juga istimewa kerana ia membabitkan Zaid yang telah dipecat oleh UMNO dengan Rais yang pernah keluar UMNO dan pernah bersumpah untuk tidak akan kembali kepada UMNO kerana jambatan untuknya kembali telah 'dibakar'nya. Tentu hebat debat antara si-Luncai (Zaid) dengan si-pembakar jambatan (Rais)!!

Kita berharap debat mengenai isu Najib di antara dua tokoh itu diadakan secara langsung seperti debat Anwar dan Shabery dahulu. Dan kita juga berharap debat berlangsung tanpa syarat, terutama jangan kenakan syarat-syarat berikut:

- Tidak boleh sebut nama Altyantuya
- Tidak boleh sebut bahan peledak C4
- Tidak boleh sebut komisyen kapal selam dan sukhoi
- Tidak boleh sebut nama seorang penyanyi wanita dan Port Dickson
- Tidak boleh sebut nama Rosmah dan Bollywood

Oleh: pendikar gunung kriang

Menunggu Perubahan UBN Yang Tak Kunjung Tiba






Petang ini mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden baru parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat beberapa keputusan berkaitan struktur pucuk pimpinan parti, selain perbincangan mengenai pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang. Ada beberapa pemerhati politik meramalkan MT akan membuat beberapa keputusan yang mencerminkan usaha 'pembaharuan' dalam parti seperti mana dilaungkankan Najib pada perhimpunan agung parti yang lalu.
Perubahan...perubahan...perubahan... itulah yang dicanangkan oleh kepimpinan UMNO sejak tewas banyak kerusi dalam PRU ke-12 dahulu. Kini selepas 13 bulan suara melaungkan 'perubahan' dimainkan UMNO/BN (UBN), rakyat masih belum terasa apa yang dimaksudkan 'perubahan' itu, kerana tidak nampak apa-apa 'perubahan' pun.
Mungkin bagi Najib dan menteri kabinetnya 'perubahan' itu hanya setakat slogan, hanya setakat retorik, seperti retorik 'cemerlang, gemilang, terbilang' yang diperkenalkan oleh Pak Lah ketika mula-mula berkuasa dahulu. Atau paling hebatpun 'perubahan' ditunjukkan apabila sesekali mereka turun padang mendekati rakyat. Tapi turun menemui rakyat bukanlah satu pembeaaruan, ia memang tanggung jawab pemimpin.
Apa yang rakyat dambakan bukan setakat ucapan mengenai 'perubahan' yang kemudian bertukar jadi omongan kosong. Apa yang rakyat impikan ialah visi dan gagasan besar yang benar-benar dapat merubah kehidupan mereka untuk kepentingan negara dalam skala yang lebih besar. Misalnya rakyat impikan kerajaan serius dalam agenda memerangi rasuah dan agenda menaik taraf kehidupan rakyat termiskin dalam negara ini.Rakyat juga ingin suara mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah didengari dalam media arus perdana, bukan setakat suara pemimpin BNyang mendendangkan lagu usang yang sama. Rakyat juga ingin melihat bagaimana gagasan kerajaan dalam menghadapi masalah perpaduan negara, bukan setakat slogan 'satu Malaysia' yang dikhuatiri hanya saru retorik yang tidak membawa apa-apa segnifikan.
Jadi kita tunggulah kalau-kalau ada sesuatu perubahan yang bakal diumumkan petang ini. Seperti kata Najib, jika tidak berubah, UMNO akan rebah. UMNO telah membuktikan kata-kata Najib itu memang tepat, kerana parti itu telah 4 kali rebah dalam pilihanraya kecil selepas PRU ke-12. Parti usang itu 4 kali rebah kerana telah menjadi tradisi UBN yang angkuh dan enggan berubah.
Oleh: pendikar gunung kriang

Thursday, April 23, 2009


Rupanya Najib Tidak Seberani Mana Di Luar Malaysia!! ~ Malaysiakini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan oleh Malaysiakini yang memetik siaran dari AFP telah mengelak menjawab soalan mengenai dakwaan 'kehilangan' bekas model, Manohara Odelia Pinot, sewaktu berada di Jakarta untuk bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.

najib tun razak rosmah with indonesia president bambang in indonesia 230409Wartawan yang membuat liputan sidang akhbar selepas pertemuan mereka, tidak dibenarkan bertanya mengenai kes tersebut.

Manohara berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan, tahun lalu.

Ibu Manohara, Daisy, mendakwa anaknya mengalami deraan fizikal dan emosi oleh suaminya, yang didakwa bersama Manohara di Malaysia tanpa kerelaan anaknya.

"Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru, saya menggesa Najib menyiasat dan mempertahankan kebenaran dan hak kami. Saya hanya mahu anak perempuan saya dibebaskan... sebagai seorang ibu saya mempunyai hak untuk bertemu anak saya," kata beliau.

Daisy pengsan apabila beliau diserbu oleh para wartawan Indonesia yang memberi liputan meluas mengenai kisah Manohara itu.



Jadi begitu rupanya watak Najib di luar negara! Di dalam negara bukan main berdegar-berdegar bercakap, gagah macam hero Hindustan yang diminati Rosmah; tapi di luar negara enggan bercakap bila ditanya. Nampak sangat watak penakut Perdana Menteri Satu Malaysia ini!

Susah apa sangat nak bercakap di Indonesia Datuk Seri? Takut kena baling telur busuk oleh peminat ke? Atau takut digelar menderhaka Raja?

Apa pun, satu Malaysia sudah tahu Perdana Menteri kita tidaklah seberani mana.Ya, satu Malaysia!!!

GMP Kata Yang Ngok Ialah Utusan Meloya!! ~ Malaysiakini

Gagasan Melayu Perak (GMP) sebentar tadi menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa pihaknya tidak membuat laporan polis terhadap Malaysiakini atau mana-mana lamanweb kerana menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin.

"Kami hanya membuat laporan polis terhadap seorang pelayar internet menggunakan nama PASOK, yang disiarkan di dalam sebuah lamanweb," kata Penasihat Undang-undang GMP dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataaan itu dihantar melalui faks kepada Malaysiakini petang ini dan salinannya kepada pejabat Utusan Malaysia, cawangan Ipoh.

"Kami ingin menegaskan bahawa terdapat kesilapan pemahaman di pihak Utusan Malaysia sehingga tersiar berita bahawa kami membuat laporan polis terhadap Malaysiakini," katanya dalam kenyataan empat perenggan tersebut.

mohd hilmi ismail perak gmp police report on malaysiakini on sultan perak article 230409Semalam, Utusan Malaysia dan Bernama melaporkan bahawa GMP telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan oleh lamanweb tersebut.


Oooo...jadi yang ngoknya di sini bukanlah GMP. Jadi, jika sebelum ini saya kata GMP yang ngok, minta maaflah. Yang ngoknya seperti kata GMP ialah Utusan Malaysia@Utusan Meloya, kerana lain yang yang dilaporkan GMP, lain yang depa tulis. Cuma kita perlu tunggu ulasan rasmi daripada Utusan Meloya sama ada betul mereka yang ngok atau ada pihak lain yang ngok.

Kalau Utusan Meloya yang ngok tak menghairankan, kerana sudah banyak kali mereka melakukanan analisis berita yang nampak begitu ngok sebelum ini.

Inilah NGO Melayu Yang Sungguh NGOK!! ~ Malaysiakini


Sebelum ini pun dah banyak kali orang sebut NGO Melayu yang kaki bodek tu bukan NGO tulen. Mereka tidak sesuai digelar NGO - pertubuhan bukan Kerajaan - malah disebut 'pertubuhan' pun tak layak, memalukan bangsa Melayu saja. Sebaliknya lebih sesuai NGO sebegini digelar 'NGOK' sebab kerap bertindak secara terlalu bongok dan bangang.


Terbaru NGO@NGOK yang menggelarkan dirinya sebagai Gagasan Melayu Perak (GMP) telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini kelmarin kerana kononnya telah menerbitkan artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Artikel yang bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin Pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada hari Selasa (21 April) lalu.
Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan oleh Malaysiakini mendapati tiada berita seumpama itu yang diterbitkan Malaysiakini pada tarikh berkenaan (21 April). Sebaliknya, seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama - sebuah agensi berita Kerajaan - pada 19 April (hari Ahad). Yang menariknya Pengerusi Bernama yang melaporkan berita itu ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak!
Dan pagi tadi boss GMP, Mohd Hilmi Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak menyedari Malaysiakini tidak menyiarkan berita seumpama itu pada tarikh itu sebelum membuat laporan polis. Katanya dia tidak tahu menahu tentang artikel itu. "Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan (terus) membuat laporan polis," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya: "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today?"
Ngok betul boss GMP seorang ni. Teruja sangat nak buat laporan polis, tanpa usul periksa dahulu, kakitangan temberang pun terus percaya.Patutlah kajian menyatakan orang Malaysia terutama Melayu malas membaca, hari ini Mohd Hilmi telah membuktikan kajian itu memang tepat. Tanpa membaca apa yang ditulis dalam Malaysiakini, cukup dengan dengar hasutan kakitangan terus percaya dan ke balai polis buat laporan. Boss apa jenis macam ni?
Tapi jika Hilmi tahu berita itu bersumberkan Bernama - sebuah agensi berita Kerajaan - beranikah dia buat laporan polis?
Tambah terserlah ngok lagi NGO@NGOK ini ialah apabiila Hilmi tidak dapat membezakan antara Malaysiakini dan Malaysia Today sedangkan keduanya dua laman berbeza. Ngok, ngok, ngok sungguh!!
Bayangkan jika ada 1,000 Melayu yang malas membaca lagi ngok macam Hilmi dalam Malaysia, alamat hancurlah bangsa Melayu tak lama lagi! Bayangkan pula jika ada 10,000 Melayu macam Hilmi, alamat 'Tak akan Melayu hilang di dunia' boleh diganti dengan 'Tak lama lagi Melayu hilang di dunia'. Semuanya kerana gara-gara kerja tak usul periksa.
Oleh: pendikar gunung kriang

Apabila Zambery Bercakap Bahasa Zionis



Zambery.....bercakap bahasa Zionis?


Pukul, tendang, sepak, terajang kemudian halau pemilik asal tanah. Selepas 2 bulan, tiba-tiba ajak mangsa penganiayaan untuk bekerjasama. Bekerjasama apa selepas hang aniaya orang sebegitu rupa?


Itulah senario terbaru politik Perak. Tiba-tiba saja Menteri Besar Kudeta Perak yang bernama Zambery itu mengajak PAS dan parti politik lain bekerjasama dengan UMNO, selepas lebih 2 bulan mengusir mereka dari tampuk kuasa.
''Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini. Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah," kata Zambery selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Ipoh kelmarin.
Pukul, tendang, sepak, terajang, halau keluar dan kemudioan ajak bekerjasama. Bahasa apa yang Zambery gunakan ini? Ia seperti bahasa puak Zionis Israel yang bunuh, rampas dan usir rakyat Palestin dari bumi mereka, kemudian berpura-pura gentlemen dengan diajak berunding.Mungkin Zambery belajar bahasa pukul, usir dan ajak berunding itu dari kamus Zionis?
Yang pastinya mangsa pengaaniayaan lazimnya sukar melupakan apa yang baru dilakukan terhadap mereka. Sekiranya rakyat Palestin sukar melupakan rampasan tanah mereka yang berlaku kira-kira 60 tahun dahulu, betapa PAS, PKR dan DAP dapat melupakan rampasan kuasa yang baru berlaku 2 bulan yang lalu itu?
Oleh: pendikar gunung kriang

Wednesday, April 22, 2009


Dengan Kerani Pun EXCO Terengganu Menggeletar Kepala Lutut?


Tidak sangka di Terengganu mereka yang berjawatan rendah seperti kerani gred N17 dan pemandu kenderaan gred R3 begitu digeruni. Jika di negeri-negeri lain, apa lagi di KL, bukan saja kerani dan pemandu, tapi jika setakat pegawai tinggi gred M54 dan N54 pun orang tidak pandang dan gerun dengan jawatannya. Mungkin pegawai gred 54 dihormati oleh staf bawahan di pejabatnya, tapi orang politik hanya pandang mereka dengan sebelah mata saja. Jika mereka bercakap ia cuma laku di pejabat, di luar pejabat ia tak laku, apa lagi nak rasa gerun dan gentar.


Tapi di Terengganu lain pula rupanya, sekurang-kurangnya itulah yang cuba disampaikan dalam media arus perdana dan media alternatif kita. Kelmarin kabarnya ramai ahli politik yang tidak berpuashati dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang melantik pemandu ambulan menjadi pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC). Hebat sekali pemandu itu, boleh jadi pengarah, walaupun kelulusan akademik tidak setinggi mana!

Dan hari ini tersiar pula berita seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan berhubung kes penghantaran SMS ugutan bunuh kepada ADUN Terengganu pada 13 April lalu. Yang menariknya lelaki yang ditahan polis itu bukannya pegawai kanan sebuah jabatan seperti yang diwar-warkan sebelumnya, tetapi cuma seorang kerani syarikat swasta.

Tidak boleh dibayangkan bagaimana 10 EXCO Terengganu yang merupakan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri, tiba-tiba jadi gerun dengan ugutan dari seorang kerani pangkat rendah hingga enggan hadir sidang DUN. EXCO-EXCO yang diugut itu pula bukan sebarang orang, ahli politik yang cerdik, petah bercakap dan berkelulusan tinggi, tapi dengan kerani pun mereka takut! Jika yang buat ugutan itu MB atau sekurang-kurangnya Pegawai Khasnya ada juga kemunasabahannya mereka takut, tapi ini cuma ugutan dari seorang kerani yang kita pun tahu setakat mana kuasanya. Kecualilah kerani itu jenis dukun ilmu hitam seperti Mona Fendy yang terkenal itu, mungkin ada yang rasa menggeletar kepala lutut dengan ugutannya.

Apapun, polis pasti akan buat siasatan rapi sama ada kerani itu sendiri yang menghantar SMS yang menggerunkan EXCO-EXCO itu atau kerani itu cuma kambing hitam kepada tokoh yang lebih berkuasa di atasnya.

Oleh: pendikar gunung kriang

Najib Tidak Tahu Satu Malaysia Sudah Tahu!


Satu Malaysia
tahu
siapa punya angkara Altantuya hilang jadi debu
siapa jadikan dua kambing hitam sebagai korban

Satu Malaysia tahu
siapa songlap komisyen Sukhoi dan kapal selam
tapi masih bercakap soal moral dan perubahan

Satu Malaysia tahu
cerita VVVVIP dan penyanyi berkhalwat di Port Dickson
tapi depan rakyat cakap suci bagai wali

Satu Malaysia tahu
siapa sorokkan Balasubramaniam di luar negara
kerana dia banyak simpan khazanah rahsia

Satu Malaysia tahu
siapa sogok RM50 juta untuk beli ADUN PR Perak
siapa di balik insiden kudeta yang memalukan demokrasi Malaysia

Satu Malaysia tahu
siapa yang mencium aktor Bollywood
dan beri anugerah Datuk kerana teruja dipeluk

Satu Malaysia tahu
siapa yang sering cakap mengenai Islam
tapi pernah jalani upacara agama Hindu

Satu Malaysia tahu
tapi Najib tidak tahu
satu Malaysia sudah banyak tahu!


Oleh:
pendikar gunung kriang

Tuesday, April 21, 2009


Lelongan Camry Adalah Kerja Orang Gila!!



Terkejut saya mendengar berita Kerajaan Kudeta Perak yang dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi EXCO Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri. Kabarnya lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzua, Ipoh mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Saya tidak pasti sama ada lelongan ini mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan Kerajaan. Tapi latar belakang lelongan itu seperti menggambarkan ia tidak mengikut peraturan kewangan. Mengikut Arahan Perbendaharaan, lelongan harta Kerajaan boleh dibuat sebagai salah satu dari prosedur pelupusan barang-barang yang tidak lagi ekonomik untuk digunakan. Namun kesemua Camry yang hendak dilelong ini adalah kereta baru yang didaftarkan pada 9 Jan tahun ini. Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah kenderaan baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar. Dengan latar belakang sedemikian adalah mustahil kereta-kereta itu tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Apabila Kerajaan Negeri Terengganu, Selangor dan Perak (di bawah Nizar) dulu hendak membeli kenderaan baru bagi menggantikan Perdana yang telah tua dan tidak ekonomik itu, ia pernah menjadi isu besar hingga Pak Lah yang menjadi PM ketika itu pun perlu bercakap mengenainya. Tapi apabila Kerajaan Kudeta Perak hendak melelong Camry yang baru berusia 3 bulan, tiada pula yang membantah.

Kereta baru hendak dilelong adalah satu kerja ganjil dan luar biasa, jika pun bukan kerja gila. Jika yang hendak dilelong ialah kereta lama dan tidak ekonomik, itu boleh diterima. Entah peraturan mana yang dipakai untuk menghalalkan lelongan Camry yang kelihatan ganjil, luar biasa dan gila itu, tidak tahulah. Dan entah arahan dari orang ganjil mana, orang luar biasa mana dan orang gila mana untuk melelong kereta baru itu, tak tahulah. Tak kan pula arahan itu datangnya dari Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan dua jawatan yang paling kanan di Perak yang semestinya sedar mengenai peraturan kewangan?

Namun siapa pun yang mengarahkan lelongan itu ia adalah hasil kerja orang ganjil, luar biasa dan gila!


Oleh: pendikar gunung kriang

Peguam: Zambry dan 6 Exco Tetap Tak Boleh Hadiri Sidang DUN Akan Datang!

Oleh: Hanipa Maidin
ZAMBRY DAN 6 EXCO TETAP TIDAK BOLEH HADIRI SIDANG DUN AKAN DATANG
Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.
Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.
a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).
Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:
"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."
(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)
b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).
Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:
Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.
Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.
Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?
Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.
JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.
Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.
c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.
d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"
Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.
Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.
Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).
Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.
Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.
Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.
Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.
Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.
Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:
"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."
(Keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)
Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.
Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

SIDANG DUN BAWAH POKOK TETAP SAH
Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.
Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.
Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.
Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:
a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.
b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.
c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa�apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.
d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.
Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.
(Sumber: Harakahdaily)

Monday, April 20, 2009


Good Bye...Menteri Besar!!! ~ Malaysiakini


Jika apa yang dikatakan oleh orang kuat UMNO Terengganu ini benar, Datuk Ahmad Said boleh berkira-kira untuk mengemaskan barang-barang peribadi dalam bilik Menteri Besar (MB). Mana barang peribadi yang patut dibawa keluar, bolehlah dibawa balik ke rumahnya. Mana yang merupakan harta milik Kerajaan, tinggalkan dalam bilik mewah MB. Ahmad Said juga bolehlah menggunakan saki baki masa yang masih ada ini untuk duduk puas-puas atas kerusi empuk MB dan meletakkan tangannya yang besar di atas meja yang juga besar saiznya itu sepuasnya. Kerana selepas ini dia hanya mampu mengucapkan, "Bye...bye...kerusi MB, bye...bye... meja MB, bye..bye..jawatan MB!!".


Saya katakan demikian kerana Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Ahmad Said supaya meletakkan jawatan sebagai MB. Ini bermakna jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 orang sebelum ini kepada 18 orang sekarang.

Menurut Alias, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.


"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini. Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias yang juga ADUN Alor Limbat berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Jika perancangan Alias menjadi, Ahmad akan menjadi antara Menteri Besar yang paling singkat memegang tampuk kuasa. Dulu MB Nizar dari Perak menerima nasib sama, cuma cara dijatuhkan saja berbeza: Nizar dijatuhkan menerusi rampasan kuasa UMNO, Ahmad Said dijatuhkan oleh kelompok UMNO yang sudah lama gila kuasa.

Oleh: pendikar gunung kriang